OEM KOSMETIK SMALL BATCH MALAYSIA

Mula dengan batch pertama yang boleh dijual, bukan koleksi besar yang mengikat cashflow.

Kami bantu founder fokus pada satu hero product, sample yang diluluskan, quantity, packaging, margin dan reorder plan sebelum menambah SKU.

BAJET PROJEK Bermula RM3,000 Quantity akhir ikut produk dan spesifikasi

Satu hero product

MOQ ikut route sebenar

Sample sebelum bulk

Margin sebelum launch

Reorder sebelum stok habis

Empat risiko batch pertama

Quantity kecil sahaja tidak cukup. Keseluruhan route mesti boleh dijual dan diulang.

01

Cashflow terkunci

Koleksi terlalu besar mengikat modal pada stok, shade dan packaging sebelum produk pertama membuktikan demand.

02

Terlalu banyak SKU

Setiap SKU dan shade menambah sample, minimum, content, stok, forecasting dan risiko slow-moving.

03

Packaging mengawal MOQ

Formula mungkin boleh dibuat, tetapi komponen, printing, kotak atau label boleh menentukan minimum sebenar.

04

Reorder terlalu lewat

Produk mula bergerak tetapi lead time tidak dikira. Stok habis, content berhenti dan pelanggan beralih.

Founder dan pakar QC menyemak sample warna, tekstur serta packaging sebelum batch pertama

Satu batch, satu versi diluluskan

Batch pertama perlu membina bukti jualan, bukan hanya menghasilkan stok.

  • Approved golden sample dan spesifikasi warna, tekstur serta finish
  • Packaging dan fill weight sepadan dengan harga jual sasaran
  • Quantity yang boleh disokong oleh content, channel dan cashflow
  • Reorder point, production lead time dan buffer sebelum stok habis

Tiga route batch pertama

Pilih route mengikut bukti demand, tahap custom dan kemampuan reorder.

02 / FIRST BATCH

Sudah ada konsep jelas

Focused OEM Launch
  • Satu hero product terpilih
  • Sample, packaging dan margin diluluskan
  • MOQ ikut konfigurasi sebenar

03 / REORDER

Produk sudah bergerak

Repeat & Scale Route
  • Forecast ikut sales velocity
  • Cost optimization ikut volume
  • QC, buffer stock dan supply consistency

Brief batch pertama

Hantar empat perkara supaya kami boleh menyemak route, bukan sekadar memberi harga.

  1. 01

    Produk dan sample rujukan jika ada

  2. 02

    Quantity, SKU dan bilangan shade

  3. 03

    Bajet serta harga jual sasaran

  4. 04

    Tarikh launch dan channel jualan

FAQ small batch OEM

Jawapan terus sebelum anda merancang batch pertama.

Boleh buat OEM kosmetik dalam small batch?

Ada route yang lebih sesuai untuk batch pertama, tetapi tiada satu kuantiti kecil untuk semua produk. Formula, filling line, packaging, printing, shade dan komponen menentukan MOQ sebenar.

Apa yang boleh dimulakan dengan bajet RM3,000?

RM3,000 ialah titik mula untuk projek yang fokus, biasanya sekitar satu hero product dengan formula, shade dan packaging yang sesuai. Kuantiti dan quotation akhir perlu disahkan.

Apa yang menentukan MOQ batch pertama?

MOQ boleh datang daripada minimum formula, filling line, komponen, printing, kotak, label atau setiap shade. Semak keseluruhan konfigurasi produk.

Adakah unit cost small batch lebih tinggi?

Selalunya unit cost boleh lebih tinggi kerana setup, sample, komponen dan QC dibahagi kepada kuantiti lebih kecil. Namun batch terkawal boleh mengurangkan risiko stok mati.

Patutkah mula dengan satu hero product?

Untuk founder baru, satu hero product lebih mudah mengawal sample, content, stok, margin dan feedback sebelum menambah SKU atau shade.

Bagaimana memastikan bulk sama dengan sample?

Gunakan approved golden sample, spesifikasi warna dan tekstur, packaging yang diluluskan, toleransi QC serta pemeriksaan sebelum bulk dilepaskan.

Bila perlu membuat reorder?

Tetapkan reorder point berdasarkan kadar jualan, baki stok, production lead time, shipping buffer dan kempen. Jangan tunggu stok habis.

Adakah NPRA dan Halal termasuk?

Ia bergantung pada route dan quotation. NPRA, Halal, testing, artwork serta claim support perlu dinyatakan sebagai termasuk atau berasingan.

Jika OEM belum sesuai, boleh mula dengan ready stock atau borong?

Boleh dipertimbangkan untuk menguji kategori, harga jual dan channel. Apabila demand lebih jelas, seller boleh bergerak kepada private label atau OEM.

Mulakan dengan fokus

Kongsi produk, quantity, harga jual dan tarikh launch. Kami semak batch pertama yang lebih terkawal.

Sesuai untuk bajet projek bermula RM3,000. Claim sehingga RM500 startup voucher untuk semakan projek baru yang layak.

WhatsApp Untuk Semak Batch
Semak Batch Pertama